kalau hari ini kita sudah berjaya....
kalau hari ini kita sudah berjaya, kadang-kadang kita lupa apa yang kita dah buat semalam. kalau hari ini kita gagal, kadang-kadang kita tak ingat apa yang dah kita buat semalam.
kata orang kalau nak berjaya, jalan terus sahaja ke hadapan. lupakan apa yang dah kita tinggal di belakang. menolehlah kalau mahu tapi jangan sekali-kali berundur.
kata bijaksana - yang di hadapan ialah masa depan. yang di belakang itu kita panggil sejarah.
kadang-kadang orang tak suka dengan masa depan. sebabnya tidak tahu apa yang boleh diharapkan. juga kadang-kadang masa depan menjanjikan kehidupan yang palsu. siapa yang boleh tahu dia akan masih hidup untuk sehari yang akan datang?
kerana itu kebanyakan orang menghargai masa semalam. kalau bukan kerana apa yang kita buat semalam, kita tidak akan berjaya hari ini. kalau bukan kerana apa yang kita buat semalam, kita tidak akan gagal hari ini.
untuk itu kebanyakan orang memperuntukkan ruang yang khusus untuk menghargai masa semalam ini. ia dipanggil memori. kadang-kadang dipanggil kenangan. gunanya untuk mengingat di kala kita lupa dan menggembirakan di kala kita sedih.
No comments:
Post a Comment